Tuesday 11 September 2012

APPLE STEM CELL

Oleh kerana terdapat undang-undang yang masih melarang penggunaan Sel Stem Embrio dalam industri makanan, maka Sel Stem tumbuhan telah menjadi harapan kepada industri makanan.

Penemuan Sel Stem Epal dari Switzerland yang mempunyai fungsi-fungsi yang menakjubkan seperti anti penuaan amat mengembirakan para usahawan industri makanan


Di Switzerland, terdapat sejenis spesis pokok epal yang amat jarang didapati dan digelar  “Uttwiler Spatlauber”. Buah epal spesis ini dapat disimpan selama 4 bulan tanpa rosak.
Pokok epal ini begitu ajaib kerana dengan sendirinya ia dapat memulihkan segala kecederaan pada bahagian kulit dahan dan buah


Mibellechemistry, Switzerland telah berjaya mencipta teknologi penternakan sel tumbuh-tumbuhan (PhytoCellTecTM Malus Domestica). Teknologi PhytoCellTecTM  dapat mengaktifkan sel-sel tumbuhan.Ini membolehkan penternakan sel-sel tumbuhan secara besar-besaran dapat
dilakukan dengan menggunakan kaedah bio-teknologi.


No comments:

Post a Comment